
Laman Info |

| Anakku.. Ramadhan Dah Nak Berlalu Pergi.. | 9:29 AM |
|
Filed under:
anak soleh,
Ramadhan
|
|
Wahai Anakku..
Wahai Anakku..
Ramadhan pergi beerti Syawal akan datang. Papa tahu anak papa mesti seronok nak beraya kat kampung Jaddah, kampung atok dan tokwan kat Kedah. Kanak-kanak seusiamu papa yakin dah ada baju raya.. baju melayu.. tapi papa belum carikan baju raya untukmu.. biarlah habis ramadhan baru kita pergi cari ye. Hari tu papa tengok Fateh bukan main cantik lagi menggayakan baju melayu pemberian Makcik Wita. Syukur Alhamdulillah.. Kak Wita!! Terima kasih.. semoga Allah memurahkan rezeki Kak Wita.. walaupun Kak Wita miskin tapi hatimu kaya dengan kasih sayang.. Semoga Anakku belajar sesuatu yang berharga darimu.. agar anakku menjadi insan yang soleh.. kasih pada ibu tunggal dan gemar bergaul dengan anak yatim. Anakku.. malam tadi papa terharu pabila kau berpesan pada ibu tunggal itu supaya berhati bawa motor ke masjid. Akalmu semakin cerdik, pergerakanmu semakin lincah.
Wahai Anakku..
Sebelum ni ku berjanji untuk tidak memukulmu.. papa taknak kau menangis kesakitan.. tapi apa harus papa buat kiranya kamu selalu melawan cakap papa dan mama.. mengungkap kata-kata yang kurang enak didengar. Mungkin kau terpengaruh dengan kawan-kawan.. atau terpengaruh melalui astro ceria yang kau tatap saban hari saban waktu. Namun bagi membetulkan hatimu agar sentiasa lurus, papa terpaksa memukulmu dengan pukulan kasih sayang. Papa tidak akan memukulmu dengan perasaan marah kerana itu tidak baik bagiku. Ketahuilah anakku.. Saidina Ali ketika ingin membunuh musuhnya dalam satu peperangan tidak jadi untuk membunuh musuhnya setelah musuhnya meludah ke mukanya. Pabila ditanya musuh kenapa Saidina Ali melepaskannya, Saidina Ali menjawab: pada asalnya aku hendak membunuhmu kerana Allah tapi setelah engkau meludah ke mukaku, aku marah kepadamu.. aku takut membunuhmu kerana marah bukan kerana Allah. Begitulah anakku.. papa akan mendidikmu kerana Allah, pukulanku padamu kerana Allah.. moga Allah kurniakan kesabaran dalam mendidikmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

© 2008 Anak Soleh
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com | Karjat Resorts
0 comments:
Post a Comment