Anakku.. Adakah Lailatul Qadr Dah Berlalu? 12:09 PM

Anakku..

Malam tadi papa bangun.. ketika dirimu dan mamamu nyenyak tidur, papa lihat jam.. dah pukul 3.30 pg.. Papa baring jap.. pastu bangun balik.. papa taknak terlepas waktu yang istimewa ni. Malam tadi malam 25 Ramadhan.. rugi kalau-kalau malam ni malam lailatul qadr.. Dengan semangat kerana cintakan Allah papa cerdas bangun.. pergi sinki basuh muka untuk hilangkan mengantuk.. bancuh kopi dan makan sedikit buah betik.. harap2nya papa tak ngantuk lagi.. lagipun papa nak alas perut.. lapar pulak..

Masa berlalu.. dah 3.50 pagi.. papa masuk bilik air.. gosok gigi.. malu rasanya mengadap tuhan dengan badan berbau.. basuh sikit badan.. pastu berwudhuk.. Ya Allah terimalah ibadah ku ini.. Selesai memakai pakaian solat, papa terus ke pintu rumah.. papa nak keluar kejap.. tengok keadaan sekeliling.. mana tau kot-kot malam ni malam lailatul qadr. Papa nak tengok ada tak benda-benda yang pelik.. langit cerah ke tak sebab setahu papa kalau langit cerah tanpa awan.. bintang berkerlipan.. itu tandanya malam lailatul qadr.. Papa buka kunci pintu.. eh!! tak berkunci.. Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan rumah kami dari dimasuki oleh mereka yang berhati jahat.. Syukur Ya Allah. Papa baru teringat.. malam tadi papa suruh Fateh tolong tutupkan pintu.. papa pun silap suruh tutup je. tak suruh kunci sekali.. biasa papa pesan macam tu.. kalau papa tak pesan pun Fateh akan kunci jugak.. mungkin Fateh lupa.. tak pe la.. yang penting kita semua selamat.

Anakku..

Masa papa kat luar rumah.. papa perhatikan dada langit.. tiada bintang.. mungkin mendung. tiada angin.. malam lailatul qadr ke ni? Hati papa masih ragu-ragu.. papa perhatikan pulak ufuk barat.. di dada langit papa terlihat sinaran cahaya tidak putus-putus umpama cahaya kilat tapi papa tak nampak kilat tu. Hanya cahaya yang berterusan memancar ke dada langit.. Hmmm..biarlah.. matlamat utama papa malam ni papa nak beribadah.. samada malam ni malam lailatul qadr atau tidak itu semua urusan Allah.. Papa masuk dalam rumah.. papa ambik buku Yasin, Buku Indahnya Hidup Bersamamu dan Buku 101 doa dari Al-Quran dan Hadith (buku terbitan telaga biru).. Malam tadi papa solat sunat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan solat witr.. pastu papa baca surah yasin pada air minuman. Nanti air tu papa nak bagi Fateh dan Mama minum.. kita sama-sama minum supaya akhlak kita baik. Tingkah laku Fateh baik dan mama pun sihat.. Lepas baca Yasin papa capai buku 101 doa. Papa baca 12 doa.. moga doa papa malam tadi termakbul berkat kalau2 malam lailatul qadr. Selesai berdoa papa capai pula buku Indahnya Hidup Bersamamu.. buku cerita tentang amalan qiamullail. Masa masih banyak lagi... papa fikir2 apa papa perlu buat lagi.. Papa selak buku tu satu persatu... papa terbaca "solat sunat tahajjud boleh dibuat 9 rakaat atau 13 rakaat termasuk solat witr". Papa bingkas bangun.. papa nak solat tahajjud lagi.. selesai 2 rakaat papa bangun lagi.. berulang kali hingga selesai 11 rakaat termasuk 1 rakaat solat witr..

Anakku..

Selesai solat papa pergi bersahur.. papa lihat mamamu masih nyenyak tidur. Begitu juga fateh.. papa biarkan mama dan fateh tidur.. malam tadi papa sahur cereal je.. Alhamdulillah sedap.. lepas sahur papa bersiap untuk ke masjid. Dah lama papa tak jejak kaki ke masjid. Papa rindu solat subuh kat masjid.. Selesai solat subuh papa terus balik umah. Papa ngantuk.. papa cadang nak tidur kejap pastu papa nak bangun...

Anakku..

Pagi ni papa sampai opis on time.. walaupun hujan tapi papa tetap sampai awal.. papa taknak ada rekod lewat bulan ni. Hati papa masih lagi terkenangkan cahaya awal pagi tadi.. adakah malam tadi malam lailatul qadr tapi andaian papa mungkin tak betul sebab pagi tadi hujan. Kalau malam tadi malam lailatul qadr.. cuaca pagi ni mesti cerah, matahari tak terasa panas.. malah menyamankan. Kalau hujan.. malam tadi bukan malam lailatul qadr lah. Papa tak kisah.. yang penting papa dah bangun hidupkan malam..

Anakku..

Pagi ni papa ada berbincang dengan kawan papa kat opis. Untie Syida dng Untie Nurul. Untie Syida cakap dengan papa malam Ahad lepas adalah malam lailatul qadr. Malam tu malam ke-23 Ramadhan. Papa tanya dia kenapa malam tu dikatakan malal lailatul qadr.. Dia kata ibunya dan adik beradik dia bangun pada malam tu. Ibunya pergi qiamullail kat masjid. Ada perkara pelik berlaku.. katanya malam tu diorang dengar bunyi guruh yang tidak putus-putus selama sejam mulai jam 3.30 hingga 4.30 pagi.. Malam tu ramai orang kat masjid.. semua orang perasan. Ramai yang menangis kerana mereka sangka malam tu malam lailatul qadr.. Syukurlah mereka yang bangun pada malam tu. Malam tu papa tak bangun.. bangun dah nak sahur.. setahu papa malam tu hujan.. papa ingatkan malam tu bukan malam lailatul qadr sebab tu papa berat nak bangun. Tapi mama papa ingat mama bangun awal.. mama tak tidur lepas tu.. moga mama dapat pahala ibadah malam tu walaupun mama tak boleh nak solat... mama cuti..

Anakku..

Lepas selesai bincang. papa buka internet.. papa baca utusan online. Pap tertarik pada tajuk berita wawancara "Al-qadr: Jangan sibuk dengan mencari ‘tanda’" temuramah bersama Ust Mustaffa Abdullah. Papa kenal pensyarah ni. Dulu papa pernah uruskan kelas kat APIUM. Dalam wawancara tu ust kata antara petanda lailatul qadr ialah Sinar cahaya sangat kuat pada malam al-qadr dibandingkan dengan malam-malam lain. Papa terkejut.. papa teringatkan cahaya yang papa nampak malam tadi.. Adakah malam tadi malam lailatul qadr..?? Habis tu malam Ahad lepas? kalau ikutkan pandangan Abu Darda' dan hasan Al-Basri.. lailatul qadr adalah pada malam tadi berdasarkan kepada jatuh awal puasa adalah pada hari Sabtu. Papa rujuk pada carta kat atas ni.. Fateh dengan mama tengok ye.. click je kat gambar tu nanti image akan jadi besar.. Apa pun papa akan terus memburu malam lailatul qadr.. Mungkin malam ni atau malam2 yang masih berbaki lagi..

Papa berdoa agar kau menjadi anak yang soleh...

0 comments:

Post a Comment