Wahai Anakku.. 5:05 PM

Anakku.. kaulah buah hati papa mama.. Ku curahkan sepenuh kasih sayangku padamu.. takkan ku biarkan tubuhmu disakiti.. juga akalmu akan ku pelihara agar sentiasa bersih dari segala kotoran dosa.. Meskipun kau nakal anakku.. aku tidak akan memukulmu kerana ku tahu kau masih belajar untuk mengenal erti kehidupan.. salah dan silap.. betul atau tidak.. semuanya kau belajar melalui kenakalan. Kau belajarlah anakku melalui kenakalan mu itu sehinggalah umurmu mencecah 7 tahun.. kerana kau ibarat raja.. Raja dalam hidup kami..

Anakku..
Aku tidak sesekali melukakan hatimu.. kerana ia akan menyebabkan kau menyimpan rasa dendam rohani padaku..

Anakku.. Ramadhan Sudah Nak Berlalu... 5:04 PM

Wahai Anakku..

Ramadhan yang kita nanti saban tahun sudah hampir untuk berlalu pergi.. tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ia akan pergi meninggalkan kita.. lagi tahun hadapan ia akan datang lagi. Itu pun kalau kita masih bernyawa.. masih bernafas di atas muka bumi ini. Harapnya janganlah Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir buat kita. Papa dan mama ingin berpuasa lagi tahun hadapan macam tahun ni.. Papa nak buat lagi baik.. sebaik amalan para salafussoleh.. papa nak jauhkan diri papa dari terjebak dengan gosip2 tentang orang.. papa nak banyakkan zikir, papa nak istiqamah bangun malam, papa nak terus lakukan solat dhuha kat pejabat.. Papa sedar, salah guna waktu pejabat untuk buat ibadah. Semalam papa dengar kat radio IKIM.fm, ustaz kata tak boleh kita guna waktu pejabat untuk pergi buat ibadat.. kalau bos izinkan baru boleh.. hmmm papa selalu jugak pergi tapi hari ni papa tak pergi. Papa takut dalam mencari keredhaan Allah kita tidak jujur dengan majikan... Esok papa akan solat dhuha kat rumah sebelum papa datang keja.. Datang keja pukul 8.00 pagi... Sebelum keluar kerja papa solat jap..

Wahai Anakku..

Ramadhan pergi beerti Syawal akan datang. Papa tahu anak papa mesti seronok nak beraya kat kampung Jaddah, kampung atok dan tokwan kat Kedah. Kanak-kanak seusiamu papa yakin dah ada baju raya.. baju melayu.. tapi papa belum carikan baju raya untukmu.. biarlah habis ramadhan baru kita pergi cari ye. Hari tu papa tengok Fateh bukan main cantik lagi menggayakan baju melayu pemberian Makcik Wita. Syukur Alhamdulillah.. Kak Wita!! Terima kasih.. semoga Allah memurahkan rezeki Kak Wita.. walaupun Kak Wita miskin tapi hatimu kaya dengan kasih sayang.. Semoga Anakku belajar sesuatu yang berharga darimu.. agar anakku menjadi insan yang soleh.. kasih pada ibu tunggal dan gemar bergaul dengan anak yatim. Anakku.. malam tadi papa terharu pabila kau berpesan pada ibu tunggal itu supaya berhati bawa motor ke masjid. Akalmu semakin cerdik, pergerakanmu semakin lincah.

Wahai Anakku..

Sebelum ni ku berjanji untuk tidak memukulmu.. papa taknak kau menangis kesakitan.. tapi apa harus papa buat kiranya kamu selalu melawan cakap papa dan mama.. mengungkap kata-kata yang kurang enak didengar. Mungkin kau terpengaruh dengan kawan-kawan.. atau terpengaruh melalui astro ceria yang kau tatap saban hari saban waktu. Namun bagi membetulkan hatimu agar sentiasa lurus, papa terpaksa memukulmu dengan pukulan kasih sayang. Papa tidak akan memukulmu dengan perasaan marah kerana itu tidak baik bagiku. Ketahuilah anakku.. Saidina Ali ketika ingin membunuh musuhnya dalam satu peperangan tidak jadi untuk membunuh musuhnya setelah musuhnya meludah ke mukanya. Pabila ditanya musuh kenapa Saidina Ali melepaskannya, Saidina Ali menjawab: pada asalnya aku hendak membunuhmu kerana Allah tapi setelah engkau meludah ke mukaku, aku marah kepadamu.. aku takut membunuhmu kerana marah bukan kerana Allah. Begitulah anakku.. papa akan mendidikmu kerana Allah, pukulanku padamu kerana Allah.. moga Allah kurniakan kesabaran dalam mendidikmu...